Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima rombongan seramai ( 53 ) Pegawai Penjara National Jail Management And Penology Training Institute, Philippines pada 14.11.2017 (Selasa). Rombongan tersebut yang diketuai oleh Senior Supritenden Hilbert M Flor, Pengarah National Jail Management And Penology Training Institute, Phillippines telah disambut oleh PKK Wan Umar bin Wan Abdullah Timbalan Pengarah yang mewakili YBhg.TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Sebelum mengadakan lawatan ke dalam penjara, rombongan tersebut telah diberi taklimat oleh KIP S.Ganesan Pillay a/l B.S Pillay. Selepas selesai taklimat rombongan tersebut telah dibawa melawat ke Pejabat Unit Pelan Pembangunan Insan (PPI), Blok Penempatan dan bengkel perusahaan.
""